Polisi Privasi
English | Bahasa Malaysia
Kami, Empire Premium Food Berhad dan/atau syarikat berkaitan kami termasuk anak syarikat kami (masa kini dan masa hadapan) (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai “kami”, “kita” atau “kita semua”), sangat mementingkan kerahsiaan, privasi dan perlindungan data peribadi dan transaksi anda. Kami mengendalikan semua data peribadi yang diberikan kepada atau dikumpulkan oleh kami berdasarkan piawaian yang ditetapkan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan mana-mana undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Polisi privasi ini terpakai kepada semua pelanggan, hubungan, pekerja, penjual dan pembekal atau pihak lain yang mungkin berinteraksi atau berkomunikasi dengan kami melalui e-mel, platform media sosial, laman web rasmi kami, https://empirepremiumfood.com/, https://empiresushi.com.my/ dan semua halaman web dalam domain, serta aplikasi mudah alih kami (secara kolektif, “Platform”) sedia ada, semasa dan akan datang (“Polisi Privasi”). Polisi Privasi ini menerangkan cara kami memproses Data Peribadi anda yang telah anda berikan atau yang dikumpulkan oleh kami semasa anda berinteraksi dengan kami. Untuk tujuan Polisi Privasi ini, “Data Peribadi” bermaksud sebarang maklumat atau gabungan maklumat, yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, dengan individu yang telah dikenalpasti atau boleh dikenalpasti, termasuk Data Peribadi Sensitif (seperti yang ditakrifkan di sini). Data Peribadi tersebut mungkin merangkumi maklumat seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 1 Polisi Privasi ini.
Polisi privasi ini terpakai kepada semua pelanggan, hubungan, pekerja, penjual dan pembekal atau pihak lain yang mungkin berinteraksi atau berkomunikasi dengan kami melalui e-mel, platform media sosial, laman web rasmi kami, https://empirepremiumfood.com/, https://empiresushi.com.my/ dan semua halaman web dalam domain, serta aplikasi mudah alih kami (secara kolektif, “Platform”) sedia ada, semasa dan akan datang (“Polisi Privasi”). Polisi Privasi ini menerangkan cara kami memproses Data Peribadi anda yang telah anda berikan atau yang dikumpulkan oleh kami semasa anda berinteraksi dengan kami. Untuk tujuan Polisi Privasi ini, “Data Peribadi” bermaksud sebarang maklumat atau gabungan maklumat, yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, dengan individu yang telah dikenalpasti atau boleh dikenalpasti, termasuk Data Peribadi Sensitif (seperti yang ditakrifkan di sini). Data Peribadi tersebut mungkin merangkumi maklumat seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 1 Polisi Privasi ini.
Dengan menggunakan dan berinteraksi dengan kami di atau melalui Platform, termasuk menyerahkan sebarang maklumat kepada kami dan/atau mendaftar untuk sebarang Produk dan Perkhidmatan (seperti yang dinyatakan di sini) dengan kami, anda secra nyata bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul, menggunakan, memproses, menyimpan dan mendedahkan Data Peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi ini. Polisi Privasi ini digabungkan ke dalam dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Platform. Jika anda tidak bersetuju dengan semua atau mana-mana bahagian Polisi Privasi ini atau mana-mana Terma dan Syarat Platform, sila jangan berikan maklumat peribadi kepada kami melalui Platform dan/atau jangan terus menggunakan atau mengakses Platform lagi.
1. JENIS INFORMASI YANG DIKUMPULKAN
1.1 Apabila anda menggunakan atau mengakses Platform untuk menikmati produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di Platform kami, kami mungkin mengumpulkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat berikut daripada anda:
| No. | Kategori Informasi | Contoh jenis data yang kami kumpulkan |
|---|---|---|
| (i) | Maklumat pengenalan peribadi dan maklumat hubungan | Nama, nombor kad pengenalan, umur, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, alamat, alamat e-mel, gambar, imej, nombor telefon, dan butir-butir lain. |
| (ii) | Produk dan Perkhidmatan | Maklumat berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami (“Produk dan Perkhidmatan”) yang anda beli atau gunakan (contohnya, minat atau pilihan peribadi anda termasuk bahasa, minat terhadap produk atau kandungan, keutamaan komunikasi dan pemasaran). |
| (iii) | Maklumat akses | Alamat IP, lokasi geografi, sistem operasi dan jenis pelayar, nama pengguna, kata laluan, jenis peranti, data trafik web, masa yang dihabiskan di Platform, bilangan halaman web dalam Platform yang telah dilihat, akses daripada laman web pihak ketiga yang ditautkan ke Platform kami, maklumat pengiklanan (contohnya, iklan yang diklik dan/atau dilihat), dan maklumat tentang minat umum anda dengan mengakses kuki yang disimpan pada komputer dan peranti mudah alih anda apabila anda melawat Platform kami. |
| (iv) | Maklumat pembayaran | Maklumat pembayaran (contohnya, akaun bank, butiran kad debit/kredit dan/atau e-dompet) apabila anda membuat bayaran melalui Platform kami. |
| (v) | Maklumat rakan kongsi dan pihak ketiga | Maklumat yang mungkin kami terima apabila anda menggunakan perkhidmatan tertentu daripada rakan kongsi atau pihak ketiga kami di Platform kami seperti penyedia perkhidmatan pembayaran dan penghantaran, penyedia analisis data, rangkaian pengiklanan dan laman media sosial. Maklumat yang mungkin kami kumpul daripada pihak ketiga ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang disenaraikan dalam item (i), (ii) dan (iii) Perenggan 1.1 di atas. |
| (vi) | Data Peribadi Sensitif | Sebarang data peribadi yang terdiri daripada maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik anda, kepercayaan agama anda atau kepercayaan lain yang serupa, kesalahan atau dakwaan kesalahan yang dilakukan oleh anda, data biometrik atau sebarang data peribadi lain yang boleh ditentukan oleh Menteri Digital. |
| (vii) | Maklumat yang anda kongsikan dengan kami secara sukarela | Maklum balas, pendapat, komen atau sebarang maklumat yang anda kongsi dengan kami berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan, transaksi, peraduan, tinjauan, promosi, soal selidik, borang atau komunikasi dengan kami |
| (viii) | Imej dan/atau video yang mana anda boleh dikenal pasti, imej daripada sistem keselamatan seperti televisyen litar tertutup (“CCTV”) dan sistem akses menggunakan kad kunci | Imej atau video yang dimuat naik ke dalam akaun kami, platform media sosial, imej CCTV atau fail log daripada sistem akses menggunakan kad kunci. |
| (ix) | Pekerjaan | Pendapatan, rekod dan rujukan pekerjaan, cukai, maklumat KWSP & PERKESO, butiran bank dan kad kredit, keadaan kesihatan fizikal atau mental. |
1.2 Produk dan Perkhidmatan di Platform ini termasuk pemberian kredit setara kewangan untuk maklumat yang diterima di bawah Item (v) Perenggan 1.1 di atas, yang membolehkan pengguna memperoleh kredit setara kewangan dan/atau ganjaran dalam program kesetiaan kami berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan kami.
2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
2.1 Kami mengumpul Data Peribadi dari anda dengan cara-cara berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(i) apabila anda mengakses Platform kami dan/atau apabila anda mencipta akaun, mendaftar dengan kami dan/atau mengemukakan sebarang borang untuk memberikan kami atau memperoleh manfaat daripada Produk dan Perkhidmatan kami, termasuk untuk membuat pesanan makanan;
(ii) apabila anda mendedahkan Data Peribadi dan berurusan dengan kami, menghubungi kami atau meminta kami menghubungi anda melalui pelbagai saluran komunikasi (contohnya, Platform kami, platform media sosial, platform pemesejan, perjumpaan bersemuka, mesej e-mel, panggilan telefon);
(iii) apabila anda mendaftar untuk komunikasi dan/atau inisiatif pemasaran dan promosi kami;
(iv) apabila anda menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kami (contohnya, peraduan, acara, majlis, permainan, penyelidikan atau tinjauan yang dianjurkan oleh kami);
(v) apabila anda menyediakan Data Peribadi anda kepada kami untuk sebarang sebab lain;
(vi) apabila anda membenarkan kami untuk mendapatkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga;
(vii) apabila imej anda dirakam melalui kamera CCTV semasa anda berada di premis dan/atau cawangan kami;
(viii) apabila imej anda dirakam melalui foto atau video yang diambil oleh kami atau wakil kami semasa anda menghadiri acara yang dianjurkan oleh kami;
(ix) apabila anda menghantar permohonan pekerjaan kepada kami; atau
(x) melalui sumber data lain:
(a) apabila kami meminta dan menerima Data Peribadi anda berkaitan dengan hubungan anda dengan kami, termasuk untuk Produk dan Perkhidmatan kami. Sebagai contoh, rakan niaga, agensi awam, perantara rujukan dan pihak berkuasa yang berkenaan;
(b) jika anda bertindak sebagai perantara atau membekalkan kami dengan maklumat mengenai pihak ketiga/individu lain (seperti ahli keluarga, saudara, rakan atau rakan sekerja), anda bertanggungjawab memastikan bahawa anda telah mendapatkan semua kebenaran yang diperlukan daripada pihak ketiga/individu lain tersebut untuk pemprosesan Data Peribadi mereka oleh kami; dan/atau
(c) sebarang maklumat lain yang mungkin kami kumpulkan daripada sumber lain.
2.2 Jika anda berusia bawah 18 tahun, sila dapatkan, sebagai tambahan kepada persetujuan nyata anda sendiri, kebenaran ibu bapa, penjaga atau wakil sah anda sebelum memberikan Data Peribadi anda kepada kami. Jika ibu bapa, penjaga atau wakil sah mendapati bahawa Data Peribadi seorang kanak-kanak atau pemeliharaan berusia bawah 18 tahun telah diberikan tanpa persetujuan ibu bapa, penjaga atau wakil sah, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami (butiran hubungan di Perenggan 8.2 Polisi Privasi ini) dan Data Peribadi tersebut akan dialih keluar dan dilupuskan daripada rekod kami.
2.3 Walau bagaimanapun, kami mungkin mengumpulkan Data Peribadi kanak-kanak bawah umur 18 tahun daripada ibu bapa, penjaga atau wakil sah mereka secara langsung. Dalam keadaan sedemikian, anda mengesahkan bahawa mereka telah memberikan persetujuan nyata dan melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan memberi persetujuan bagi pihak mereka untuk pemprosesan Data Peribadi mereka selaras dengan Polisi Privasi ini.
3. PENGGUNAAN DATA PERIBADI
3.1 Kami mengumpulkan, menggunakan, memproses, menyimpan, dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
(i) untuk berkomunikasi dengan anda;
(ii) untuk mengesahkan identiti anda;
(iii) untuk menghubungi anda dan mengesahkan pesanan makanan anda untuk dibawa pulang di premis dan/atau cawangan kami;
(iv) untuk memberikan pengesahan pendaftaran dengan kami bagi mana-mana program keahlian atau kesetiaan;
(v) untuk membuat pengumuman berkaitan diskaun, promosi, manfaat dan acara lain;
(vi) untuk menjalankan pemprofilan dan penyelenggaraan pangkalan data bagi tujuan menyediakan Produk dan Perkhidmatan di Platform;
(vii) untuk membolehkan peranti dan/atau perisian anda mengakses Platform;
(viii) untuk pentadbiran dan penambahbaikan Platform yang lancar, termasuk penyelesaian masalah, analisis laman web, ujian, penyelidikan, tujuan statistik dan tinjauan, serta mendapatkan maklum balas agar kami dapat meningkatkan operasi Platform dan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada anda;
(ix) untuk tujuan audit, perkhidmatan pelanggan, sokongan pentadbiran, penyelidikan pasaran dan pembangunan perniagaan;
(x) untuk menghubungi atau memaklumkan anda tentang perkara berkaitan akaun pengguna anda dan kemas kini dan/atau perkembangan Platform, Terma dan Syarat Platform dan Polisi Privasi ini;
(xi) untuk membalas kepada sebarang pertanyaan, permintaan atau laporan yang mungkin anda telah kemukakan;
(xii) untuk mengesyorkan dan/atau memaparkan kandungan dan iklan di Platform yang mungkin menarik minat anda;
(xiii) untuk mematuhi keperluan di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai atau permintaan daripada mana-mana pihak berkuasa yang kompeten, termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak berkuasa kerajaan yang relevan, agensi penguatkuasaan undang-undang dan badan pengawal selia;
(xiv) untuk memudahkan sebarang proses pembayaran;
(xv) apabila diperlukan dalam mana-mana kes sivil atau jenayah atau untuk perlindungan dan/atau penguatkuasaan hak dan tanggungjawab undang-undang kami;
(xvi) sekiranya kami menjual atau membeli mana-mana perniagaan atau aset, jika perlu untuk tujuan penjualan atau pembelian tersebut;
(xvii) untuk membolehkan mana-mana pihak ketiga melaksanakan mana-mana perkara di atas jika perlu dan/atau berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi penguatkuasaan undang-undang, badan pengawal selia, rakan niaga kami, sekutu, pembekal dan subkontraktor;
(xviii) untuk menjalankan maklum balas, analisis dan tinjauan bagi Produk dan Perkhidmatan kami, serta memberi respons terhadap pertanyaan daripada pelanggan;
(xix) untuk menjalankan penyelidikan pasaran dan pembangunan produk yang mungkin disasarkan kepada setiap umur, jantina, keluarga dan kawasan geografi; dan/atau
(xx) untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia dan kakitangan, termasuk menilai kesesuaian anda untuk bekerja dan menilai prestasi kakitangan sedia ada.
4. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
4.1 Kami mungkin perlu berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak-pihak berikut yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia bagi memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 3 di atas dari semasa ke semasa:
(i) syarikat berkaitan dengan kami;
(ii) penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin dianggap perlu untuk memudahkan urusan anda dengan kami seperti pemprosesan data anda;
(iii) agensi kerajaan, pihak berkuasa kerajaan dan badan pengawalseliaan lain;
(iv) pihak ketiga yang dilantik oleh kami, termasuk juruaudit, perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau profesional lain yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami;
(v) penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dianggap perlu berkaitan dengan kakitangan kami untuk sokongan gaji dan perbelanjaan kakitangan serta pengurusan faedah dan ganjaran;
(vi) penyedia program ganjaran, kesetiaan, penjenamaan bersama dan keistimewaan pihak ketiga; dan
(vii) pihak ketiga terpilih seperti penyedia perkhidmatan atau rakan kongsi kami yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang mempunyai perjanjian kontrak dengan kami untuk menyediakan anda Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan di dan melalui Platform.
4.2 Dengan anda menggunakan Platform, anda dianggap telah memberikan persetujuan untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 4.1 di atas. Kami akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda yang dipindahkan kepada pihak-pihak seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 4.1 di atas terus dikendalikan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh APDP atau perundangan perlindungan data lain yang bersamaan atau serupa.
5. PEMPROSESAN PEMBAYARAN
5.1 Jika anda menggunakan kad kredit, kad debit atau e-dompet sebagai kaedah pembayaran di Platform, maklumat atau data yang anda berikan akan dipindahkan kepada penyedia perkhidmatan kewangan berkaitan atau pengendali e-dompet yang relevan. Pada setiap masa, data pembayaran anda disimpan oleh penyedia perkhidmatan kewangan berkaitan atau pengendali e-dompet yang bertanggungjawab terhadap maklumat pembayaran anda. Anda boleh menyemak polisi privasi daripada penyedia perkhidmatan kewangan atau pengendali e-dompet yang berkaitan untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana maklumat dan data pembayaran anda digunakan dan diproses.
6. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
6.1 Kami akan mengambil langkah-langkah keselamatan teknikal dan pentadbiran untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi daripada akses, penggunaan, pengubahsuaian atau kehilangan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja. Semua pekerja kami yang mengendalikan Data Peribadi dilatih dalam pengendalian dan perlindungan Data Peribadi.
6.2 Selain itu, bagi melindungi Data Peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pembuangan atau risiko serupa yang tidak dibenarkan, kami telah memperkenalkan langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti perlindungan antivirus terkini, penyulitan dan penggunaan penapis privasi untuk memastikan semua penyimpanan dan penghantaran Data Peribadi oleh kami adalah selamat, serta mendedahkan Data Peribadi secara dalaman dan kepada rakan kongsi kami, penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dibenarkan dan ejen berdasarkan keperluan untuk mengetahui sahaja.
6.3 Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang sepenuhnya selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda dan sentiasa menyemak serta meningkatkan langkah-langkah keselamatan maklumat kami.
6.4 Anda juga bersetuju dan mengakui bahawa kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin anda alami akibat pengumpulan dan/atau pendedahan Data Peribadi anda daripada aplikasi, laman sesawang atau sumber luaran yang mungkin tidak berkaitan dengan kami. Aplikasi dan laman sesawang luaran tersebut mungkin mempunyai polisi privasi mereka sendiri, dan kami mengesyorkan agar anda menyemak polisi privasi mereka dengan teliti untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana aplikasi dan laman sesawang luaran ini menggunakan dan memproses Data Peribadi anda.
7. PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA
7.1 Kami boleh menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, atau selama mana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.
7.2 Kami akan berhenti menyimpan Data Peribadi anda, atau mengalih keluar cara yang membolehkan Data Peribadi tersebut dikaitkan dengan anda, sebaik sahaja adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa penyimpanan tersebut tidak lagi memenuhi tujuan Data Peribadi tersebut dikumpulkan, dan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan.
8. HAK ANDA TERHADAP DATA PERIBADI ANDA
8.1 Anda boleh mengakses, menyemak, membetulkan, mengemas kini, menukar atau memadamkan Data Peribadi anda yang disimpan dalam akaun atau profil anda pada bila-bila masa. Anda boleh berbuat demikian dengan log masuk ke akaun atau profil anda untuk membuat perubahan yang diperlukan.
8.2 Anda juga boleh menulis kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui butiran hubungan berikut untuk memohon, mengakses, menyemak, membetulkan, mengemas kini atau menukar Data Peribadi anda, menghapuskan Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami atau untuk secara langsung memindahkan Data Peribadi anda kepada pengawal data lain selaras dengan APDP:
Alamat : No. 5, Tingkat 5, Blok B, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
No. Tel: +603 8080 0273
8.3 Kami berhak untuk mengesahkan identiti anda sebelum memberikan salinan Data Peribadi anda yang telah dikemas kini atau dibetulkan. Akses kepada atau pembetulan, kemas kini atau penghapusan Data Peribadi anda mungkin ditolak atau dihadkan oleh kami jika ia akan melanggar hak orang lain dan/atau untuk mematuhi undang-undang yang terpakai.
8.4 Anda mempunyai hak untuk mengehadkan sebahagian atau sepenuhnya mana-mana proses yang membabitkan Data Peribadi anda dalam hal operasi yang dibenarkan untuk dilakukan ke atasnya, tempoh masa yang dibenarkan atau sebaliknya tarikh akhir keizinan yang diberikan.
8.5 Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik atau meminda, secara penuh atau sebahagian, keizinan yang telah anda berikan sebelum ini, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
8.6 Apabila menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik atau meminda persetujuan anda, kami mungkin memerlukan masa yang munasabah (bergantung kepada kerumitan permintaan anda dan kesannya terhadap hubungan kami dengan anda) untuk memproses permintaan anda dan untuk memaklumkan anda tentang akibat daripada kami memenuhi permintaan tersebut, termasuk sebarang akibat undang-undang yang mungkin mempengaruhi hak dan liabiliti anda terhadap kami. Sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada jenis dan skop permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan Produk dan Perkhidmatan kami di dan melalui Platform kepada anda dan dalam keadaan sedemikian, kami akan memaklumkan anda sebelum menyelesaikan pemprosesan permintaan anda.
9. PERUBAHAN TERHADAP POLISI PRIVASI INI
9.1 Kami berhak untuk mengubah atau meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami. Polisi Privasi yang paling terkini akan disediakan dengan segera di Platform. Adalah tanggungjawab anda untuk sentiasa menyedari versi terkini Polisi Privasi ini. Sekiranya sebarang perubahan tidak dapat diterima oleh anda, anda mesti segera berhenti menggunakan atau mengakses Platform. Jika anda terus menggunakan Platform selepas perubahan berkuat kuasa, anda akan dianggap telah menerima perubahan tersebut.
10. KEBOLEHASINGAN
10.1 Setiap perenggan Polisi Privasi ini hendaklah dan kekal berasingan daripada dan bebas daripada serta boleh dipisahkan daripada semua dan mana-mana perenggan lain Polisi Privasi ini kecuali jika dinyatakan sebaliknya secara jelas atau melalui konteks Polisi Privasi ini.
10.2 Keputusan atau pengisytiharan bahawa satu atau lebih perenggan adalah tidak sah dan batal tidak akan memberi kesan kepada perenggan lain dalam Polisi Privasi ini.
11. POLISI PRIVASI BAHASA INGGERIS
11.1 Harap maklum bahawa terdapat versi Bahasa Inggeris untuk Polisi Privasi ini yang disediakan di Platform. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.